Jumaat, 27 Mac 2009




PENGENALAN
PPIK Pulau Indah terletak di Kampung Teluk Nipah. Kampung Teluk Nipah terletak di dalam mukim Pulau Indah Daerah Klang, Negeri Selangor dan mempunyai keluasan kira-kira 1445.35 ekar. Sebahagian besar kampung Teluk Nipah terdiri daripada kawasan perumahan, kemudahan awam dan pertanian. Kampung ini telah di buka sekitar tahun 1950-an dengan penduduk penduduk asalnya adalah terdiri daripada golongan masyarakat Jawa yang berasal dari kepulauan Indonesia. Kampung Teluk Nipah ini ditadbir oleh seorang ketua kampung dan dibantu oleh 14 orang ahli jawatankuasa kampung(JKKK) yang terdiri daripada biro keselamatan , biro ekonomi, biro belia dan sukan, biro keceriaan, biro agama dan biro pendidikan, biro kebajikan, wanita dan kemas. Kampung ini menjadi tumpuan kepada para kaki pancing sekitar lembah klang kerana penduduknya menghadap Selat Lumut dan berhampiran Selat Melaka serta 47% kawasan paya bakar. Sebuah jetty lama peninggalan sejarah masyarakat Pulau Indah di kenali dengan mana Jetty Patah juga menjadi tumpuan para kaki pancing bersampan. Kampung Teluk Nipah juga memberi perkhimatan awam seperti pendidikan dan kesihatan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan