Selasa, 13 Oktober 2009

~ TERNAKAN AYAM KAMPUNG DI PULAU INDAH~




Gambar di atas menunjukkan antara aktiviti dan sebahagian diantara perusahaan yg terdapat di Pulau Indah. Aktiviti di atas adalah penternakan ayam kampung yang dijalankan oleh penduduk kampung. Aktiviti ini adalah secara komersial dan sepenuh masa.

> AYAM PULAU ENTERPRISE
Lot 5259 Jln.Imam Yusof,
Kg.Perigi Nenas,
42920 Pulau Indah.

tel.No.: 017-3659294

Isnin, 12 Oktober 2009

Bandboy Di Majlis Perkahwinan dan Keraian




Buat pengetahuan semua, di Pulau Indah ini masih lagi mendapat sambutan Bandboy di majlis perkahwinan dan majlis keraian. Mereka ini terdiri dari anak-anak jati Pulau Indah. Jikalau anda semua berminat untuk menyewa bandboy dari Pulau Indah untuk majlis-majlis perkahwinan atau keraian bolehlah menghubungi En. Nor Hisam no tel : 019-2851992.

Selasa, 4 Ogos 2009

~ AKTIVITI TERKINI PPIK~

Pada 1/8/2009 AJK PPIK Pulau Indah telah mengadakan Pertandingan Celik IT yang melibatkan semua penduduk kampung Pulau Indah terdiri daripada kanak-kanak TABIKA KEMAS, Sek. Rendah, Sek Menengah, Remaja dan orang dewasa. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Penghulu Halil bin Selamat iaitu yang merupakan Penghulu Pulau Indah.
Juga dihadiri oleh Ketua-ketua kampung bagi kawasan Mukim Pulau Indah.

Jom Layan Gambar-Gambar Aktiviti Yang Berlangsung.......


Aktiviti yang berlangsung..Kuiz..kuiz IT...

Yang baju hijau-hijau tu adalah...Para AJK

Para Urusetia...Orang Kuat....hehe...

Sabar menunggu giliran acara masing-masing

Antara penduduk dan masyarakat yang hadir..
Macam kenal jerr akak kite nie...

Aktiviti sedang berlangsung....Tekun para peserta...


Adik buat apa tu...??..

Barisan peserta kanak-kanak

Kanak-Kanak IT



Acara Penyampaian Hadiah kepada pemenang...


Hadiah Pemenang disampaikan oleh Ketua-Ketua Kampung
Yang merupakan Urusetia juga AJK bagi PPIK

Yeaahhh...Tahniah!!
Bestnyerrr..dapat hadiah....

Kesimpulannya..Aktiviti ini telah mendapat sambutan oleh semua penduduk dari pelbagai lapisan....Terima kasih kepada semua Urusetia serta para AJK dan Agensi-agensi yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung...



Jumaat, 27 Mac 2009




PENGENALAN
PPIK Pulau Indah terletak di Kampung Teluk Nipah. Kampung Teluk Nipah terletak di dalam mukim Pulau Indah Daerah Klang, Negeri Selangor dan mempunyai keluasan kira-kira 1445.35 ekar. Sebahagian besar kampung Teluk Nipah terdiri daripada kawasan perumahan, kemudahan awam dan pertanian. Kampung ini telah di buka sekitar tahun 1950-an dengan penduduk penduduk asalnya adalah terdiri daripada golongan masyarakat Jawa yang berasal dari kepulauan Indonesia. Kampung Teluk Nipah ini ditadbir oleh seorang ketua kampung dan dibantu oleh 14 orang ahli jawatankuasa kampung(JKKK) yang terdiri daripada biro keselamatan , biro ekonomi, biro belia dan sukan, biro keceriaan, biro agama dan biro pendidikan, biro kebajikan, wanita dan kemas. Kampung ini menjadi tumpuan kepada para kaki pancing sekitar lembah klang kerana penduduknya menghadap Selat Lumut dan berhampiran Selat Melaka serta 47% kawasan paya bakar. Sebuah jetty lama peninggalan sejarah masyarakat Pulau Indah di kenali dengan mana Jetty Patah juga menjadi tumpuan para kaki pancing bersampan. Kampung Teluk Nipah juga memberi perkhimatan awam seperti pendidikan dan kesihatan.